KURSUS PENGUCAPAN AWAM

Siasitok dengan bangganya mengumumkan Kursus Pengucapan Awam ‘SCHOOL OF PITCH: CHARISMATIC SPEAKER’ yang bakal dianjurkan pada 9 & 10 Disember 2023, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Kursus ini akan berlangsung di lokasi yang megah, iaitu Siasitok Sign Language Academy Bukit Piatu, bermula dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang.

Para peserta yang menghadiri kursus ini akan diperkenalkan kepada topik-topik menarik, seperti bagaimana untuk memupuk keyakinan, menjadi penceramah yang berani menawan hati penonton, teknik sebutan dan lontaran suara yang memukau, lima teknik bahasa tubuh yang power dalam pengucapan awam, serta panduan praktikal untuk membuat ucapan yang tak terlupakan.

Apa yang lebih menarik lagi, harga pendaftaran sangat-sangat berbaloi dan murah. Harga biasa adalah RM 500, namun, anda berpeluang untuk menikmati diskaun istimewa dengan harga terawal hanya RM 250 sahaja sekiranya mendaftar awal. Selain itu, jika anda mendaftar secara berkumpulan, hanya RM650 untuk tiga peserta! Kursus ini terbuka kepada pelbagai kategori seperti pendidik, jurulatih bebas, penasihat takaful, penceramah bersemangat, dan sesiapa yang berhasrat untuk melonjakkan kemahiran berucap mereka.

Jangan lepaskan peluang ini untuk membangunkan diri anda dalam dunia pengucapan awam yang mengasyikkan. Klik pautan di bawah ini untuk mendaftar. Mari berucap dengan penuh karisma!

https://forms.gle/q7dzUYipAAHUv1Ji9

Leave A Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *